Saat Magika Bersama TWB


Bismillahhirrahmanirrahim..

 "Setiap Rezeki Yang Kita Harapkan Mesti Ada Langkah Yang Mesti Kita Usahakan. Dan Yang Paling Utama Adalah Selalu Memelihara Rasa Syukur Terhadap Semua Yang Kita Miliki Sekarang"

Assalammualaikum first at all nak ucapan terima kasih sebab sudi baca entry ziema. Untuk pengetahuan korang ni first time ziema ada blog! Gagah juga la nak buat blog ni.. Nasib baik ade adik kite tolong-tolong kan sikit. Hihi hihi. 

Back to the our topics, ziema sebenar nya tak pernah tahu ape ape pun pasal dunia spa dan tak pernah terpikir pun nak start buat business ni. Betul!! Lepas tu ziema saje 2 join satu group WhatsApp cikgu Nur Amri. Setiap hari ziema dengar voice message cikgu Nur pasal mobile spa. Hai.. Yang kite ni tercabar la ape lagi?! Tambah-tambah pulak dkelilingi oleh orang2 yang positive alhamdulillah. Secara tak langsung kite ni yang tak pernah minat  Spa ni terminat pulak. Orang cakap ape? Kalau tak minat pun tapi kalau kite minat belajar.. InsyaAllah terpupuk la minat tu.

So, bila setiap hari cikgu Nur cakap "Kalau awak tak de tindakkan macam mane awak nak berjaya?" memang banyak la motivasi-motivasi yang pedas dari cikgu Nur sampai rase memang perlu aku bertindak! Emh!

Lepas-lepas tu memang hati tak tenang sebab fikir mane lah nak cari kursus spa ni. Minat bidang ni dah makin membuak-buak. Idea pulak dah macam gunung berapi nak meletus ni even join kursus pun belum!! Hahaha. Then, setiap hari search dekat Facebook and Instagram sampai lah jumpa dekat IG kursus rawatan spa terrmurah awal tahun 2018. Ziema pun message la tanya harga & location. Lepas dah tahu harga terus tanya husband. Dia pun ON jeeee kite lagi seronok hehehe. Empunya ig suruh datang kursus ke Semenyih. Memang tak lah sebab banyak kekangan. Husband dan ziema PJJ hampir 3 tahun. Memang susah lah nak tinggal kan anak kalau kursus jauh jauh ni. Hmm. Bila ziema cakap ziema di Taiping, Empunya ig cakap dia akan ada kan kursus di Batu kurau. Lega lah sikit hati ni..

Penghujung January bersua la muka dengan trainer si kecik molek afzan. Kat batu kurau wei!! First time tau drive sendiri ke sane.

Masa training memang tak ambik masa yang lama. Afzan pun terangkan apa yang perlu dan tak perlu. Dia pun nampak tergesa-gesa sebab ziema nak bertolak ke beranang hari tu juga. Kursus ambik masa 3 jam juga. Lepas tu Taraa! Dapat lah sijil. Sekarang I'm a beautician twb. Happy wei.. Bangga I uolls tau! Rasa tak percaya.


Sampai aje beranang terus on spa tak ade tunggu tunggu dah. Tapi customer pertama mestilah pelabur terbesar my beloved husband. Hihihi. Lepas tu adik beradik ipar, sepupu sepapat husband. Betul betul magic join TWB ni. Semangat yang membara hasil dari join TWB. Hasil dari tu sikit sikit beli barang barang spa. Steamer, set sauna, semua ziema beli sikit sikit. April ni ziema akan join kursus untuk upgrade kan skill ziema. Nanti kan okay.. TUNGGU... hehehe. 


Alhamdulillah sampai hari ni ade rezeki ziema. Dalam seminggu tak pernah lah tak ada orang booking spa dengan ziema. Sentiasa je ada. Yang Paling seronok ziema dapat pujian dan ramai customer puas hati dengan perkhidmatan ziema. InsyaAllah ziema akan buat yang terbaik lagi!!


Memang tak rugi join TWB ni. Magic gileeeeeeer! Terima kasih TWB! Ops tak lupa juga untuk Afzan sebab banyak membantu ziema. Akhir kata, nak dapat rasa magician? Join TWB. Tak kan menyesal. Hendak seribu daya, tak Hendak seribu dalih. Yakin dengan setiap apa yang kita lakukan. Bye!! 

Comments

  1. Wow akak...yaya ingt akak dah bertahun dah join twb,mmg magiclah..income akak skrg xputus2 kan...Alhamdulillah...mmg tak rugilah kan kita pilih TWB kan..

    ReplyDelete

Post a comment